📱 Dapatkan aplikasi Majlist |
#Bajet #Diskaun #Popular #New Arrival

Kahwin Sekali, Majlis Tiga: Cara Rancang Akad, Sanding Perempuan & Sanding Lelaki Tanpa Pening.

Disiarkan pada 21 Nov 2026
Kongsi WhatsApp Facebook X
Kahwin Sekali, Majlis Tiga: Cara Rancang Akad, Sanding Perempuan & Sanding Lelaki Tanpa Pening.

Ramai bakal pengantin cakap "nak buat majlis". Hakikatnya, kebanyakan kita buat tiga: akad nikah, majlis di pihak perempuan, dan majlis di pihak lelaki. Kadang-kadang jaraknya seminggu, kadang-kadang sebulan, kadang-kadang lain negeri.

Tiga majlis bermaksud tiga bajet, tiga senarai tetamu, tiga set vendor dan banyak mesej keluarga. Kalau semua ni duduk dalam kepala, nota telefon dan lima group WhatsApp, memang cepat pening.

Ini cara kami cadangkan anda susun.

1. Asingkan bajet ikut majlis, dari awal

Sebelum survey dewan atau katering, putuskan dulu siapa tanggung apa. Majlis pihak perempuan dan pihak lelaki selalunya dibiayai keluarga berbeza. Akad nikah pula ada kos tersendiri seperti mas kahwin, hantaran dan pakaian.

Letak satu bajet untuk setiap majlis. Bila semua masuk dalam satu angka besar, susah nak nampak di mana duit bocor.

2. Senarai tetamu: tetapkan sasaran, kemudian kumpulkan

Mula dengan nombor sasaran untuk setiap majlis, bukan nama. Lepas tu baru pecahkan ikut kumpulan: keluarga sebelah ibu, sebelah bapa, rakan sekerja, rakan sekolah, jiran.

Tetamu yang sama mungkin dijemput ke dua majlis. Itu tak salah, tapi pastikan anda tahu supaya kiraan pax tak berganda.

3. Senarai semak ikut garis masa

Benda yang perlu ditempah awal (dewan, jurugambar, katering, mak andam) letak di atas. Benda kecil seperti doorgift dan buku tetamu boleh menyusul. Tandakan setiap tugasan ikut majlis supaya anda tahu apa yang tinggal untuk setiap satu.

4. RSVP: berhenti kira manual

Bahagian paling memenatkan biasanya minggu-minggu terakhir: tanya tetamu satu-satu sama ada datang, berapa orang, kemudian kemas kini senarai. Kalau tetamu boleh sahkan sendiri dan jumlah pax dikira automatik, anda boleh bagi nombor yang lebih tepat kepada katerer.

5. Libatkan keluarga, tapi dalam satu tempat

Mak tahu siapa saudara yang perlu dijemput. Kakak tahu vendor mana yang okay. Daripada kumpul maklumat melalui screenshot, beri mereka akses untuk kemas kini sendiri.

Macam mana Majlist bantu

Majlist Premium dibina untuk realiti ni:

  • 3 majlis dalam satu akaun: akad nikah, majlis pihak perempuan dan pihak lelaki
  • Spark Bajet: masukkan bajet, dapat cadangan agihan
  • Spark Senarai Semak: templat dan tugasan yang dicadangkan
  • Spark Senarai Tetamu: sasaran tetamu, kumpulan dan baki tempat duduk
  • RSVP automatik dan kad e-jemputan Premium
  • 5 penyumbang untuk pasangan dan keluarga
  • Pasaran vendor tanpa iklan, di web dan aplikasi

Promosi akhir tahun: Premium RM49 (biasa RM99). Sekali bayar, tiada langganan bulanan. Tamat 31 Disember 2026, 11:59 malam. Dapatkan Premium RM49 â†’

Soalan lazim

Kena bayar bulanan ke? Tak. Premium sekali bayar. Tiada langganan, tiada pembaharuan.

Kalau saya cuma ada satu majlis, berbaloi tak? Kalau anda perlukan RSVP automatik, Spark atau kad e-jemputan, ya. Kalau tak, pelan Basic percuma pun boleh guna untuk satu majlis.

Promosi tamat bila? 31 Disember 2026, 11:59 malam.

Boleh guna di telefon? Boleh. Majlist ada di web dan aplikasi (App Store dan Google Play).

Laksanakan rancangan perkahwinan anda

Gunakan alat dan direktori ini untuk menyusun langkah seterusnya.