Majlist Logo
📱 Get the Majlist app |
#Education

Cara Mohon Nikah Online SPPIM 2026: Langkah & Dokumen Diperlukan

Disiarkan pada 22 Ogo 2026
Cara Mohon Nikah Online SPPIM 2026: Langkah & Dokumen Diperlukan

Dikemas kini: Ogos 2026

Sudah selesai kursus kahwin dan ujian HIV? Langkah seterusnya ialah membuat permohonan kebenaran berkahwin.

Bagi kebanyakan negeri di Malaysia, permohonan ini boleh dimulakan secara dalam talian melalui SPPIM.

Apa Itu SPPIM?

SPPIM atau Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia ialah sistem dalam talian yang dibangunkan oleh JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Negeri untuk mengurus urusan perkahwinan pasangan Islam.

Melalui SPPIM, pasangan boleh memulakan permohonan kebenaran berkahwin secara online sebelum melengkapkan proses pengesahan dengan pejabat agama.

Negeri Mana Yang Menggunakan SPPIM?

Setakat Ogos 2026, SPPIM digunakan oleh kebanyakan negeri di Malaysia kecuali:

  • Kelantan
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Pulau Pinang

Jika anda berada di negeri tersebut, semak sistem atau prosedur permohonan yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

Dokumen Yang Biasanya Diperlukan

Dokumen boleh berbeza mengikut negeri dan status pasangan. Antara dokumen yang biasanya diperlukan ialah:

SPPIM juga menyediakan fungsi Semak Dokumen Sokongan berdasarkan status, negeri, daerah dan kariah pasangan.

Cara Mohon Nikah Online Melalui SPPIM

  1. Akses portal SPPIM.
  2. Pilih menu Kebenaran Berkahwin.
  3. Isi maklumat pemohon dan pasangan.
  4. Semak senarai dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Lengkapkan dan hantar permohonan.
  6. Ikuti arahan pejabat agama untuk pengesahan dokumen seterusnya.

Kebenaran Berkahwin Sah Berapa Lama?

Selepas dokumen lengkap dan permohonan diluluskan, pejabat agama akan mengeluarkan surat kebenaran berkahwin.

Menurut panduan semasa MyGovernment, surat kebenaran berkahwin sah selama 90 hari daripada tarikh ia dikeluarkan.

Oleh itu, susun tarikh permohonan dengan baik supaya kebenaran masih sah ketika akad nikah berlangsung.

Semak Dokumen Sebelum Hantar

Sebelum menghantar permohonan, pastikan maklumat pasangan, wali, kursus kahwin dan ujian HIV telah dilengkapkan dengan betul.

Dengan MAJLIST, anda boleh menyusun checklist persiapankahwin, bajet, vendor dan senarai tetamu supaya urusan menuju hari bahagialebih teratur.

Rancang perkahwinan dengan lebih mudah bersama MAJLIST.

Siaran Terkini

Lihat mengikut Tag